top of page

KURIKULUM

SK ABANG MOH SESSANG YBA2206

sukardi.jpg

Amanat PK Pentadbiran

MOHD SUKARDI BIN MISRAEH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

​

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan Sekolah bagi sesi 2022/23 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.

​

Pengurusan Kurikulum ini telah dirancang dengan teliti bagi memastikan segala aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan lagi usaha untuk menjadikan insan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, pembentukan sahsiah dan jati diri pelajar.

​

Adalah amat diharapkan agar semua pihak mengambil inisiatif berkesan bagi meningkatkan lagi kemajuan pelajar-pelajar dalam  berbagai bidang seterusnya melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

​

Dalam memenuhi hasrat kerajaan ke arah pendidikan bertaraf dunia seharusnya seluruh warga sekolah dan komuniti dapat menghayati di samping berfikiran secara positif seterusnya berusaha  untuk mencapai hasrat tersebut. Kita patut membantu anak-anak didik kita supaya tidak tercicir dari mengikuti arus perkembangan pendidikan semasa terutamanya dalam meningkatkan pencapaian akademik dan disiplin yang tinggi dengan memberikan kemudahan serta bantuan yang diperlukan kepada pelajar-pelajar agar mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan seperti yang dirancangkan.

 

Akhir kata saya berharap semua guru, kakitangan bukan guru, ibu bapa dan ahli masyarakat agar saling membantu dan berganding bahu untuk sama-sama memajukan sekolah ini.  Sekian, Wassalam.

 

Saya yang menjalankan amanah,

​

( MOHD SUKARDI BIN MISRAEH )

Penolong Kanan Pentadbiran

SK ABANG MOH SESSANG

bottom of page