top of page

HAL EHWAL MURID

SK ABANG MOH SESSANG YBA2206

idrus 2.jpg

Amanat Penolong Kanan HEM

HJ AHMAD IDRUS NI HJ RAHMAD

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

​

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT dengan limpah kurnia serta izinNya, julung-julung kalinya Buku Pengurusan Sekolah bagi sesi 2022/23 dapat dihasilkan. Kandungannya yang disusun rapi akan dapat memberikan panduan kepada guru dan staf sekolah ini untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.

​

Selama ini usaha gigih yang dijalankan oleh warga sekolah telah berjaya meletakkan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah cemerlang . Tahniah dan syabas kepada semua Penolong Kanan, guru, staf, murid, PIBG dan ibu bapa yang memberikan sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah.

​

Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, warga sekolah perlu berkerja sebagai satu pasukan dan memberikan komitmen terbaik untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan agar segala usaha yang membuahkan kejayaan dan kecemerlangan memberi satu kepuasan kerja dalam profesion yang kita ceburi ini.

 

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dalam menghasilkan Buku Pengurusan ini. Marilah kita memohon petunjuk daripada Allah SWT, mudah-mudahan segala usaha murni yang kita lakukan ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredaanNya jua.

​

Akhir kata kepada semua guru dan staf selamat bertugas dan teruskan usaha gigih kita agar sekolah kita terus cemerlang dalam pelbagai bidang serta menjadi kebanggaan kita bersama.

 

Sekian, Wassalam.

​

Saya yang menjalankan amanah,

​

(  HJ AHMAD IDRUS NI HJ RAHMAD  )

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SK ABANG MOH SESSANG

bottom of page